*photo credit; Google Images*
SPECIAL EDITION
Lumrah. Manusia ni pantang dengar
ada keluar produk Special Edition, mesti semua berebut-rebut nak beli, nak
miliki no matter what! Plus plus lagi produk tersebut memang ada dalam koleksi
kita sejak azali! Betul tak? Adik kecik kita, dengar je ada keluar Hello Kitty ke
Transformer Special Edition, merengek hentak kaki nak benda tu. Jangan kata
yang kecik, yang besar pun *yang penting bukan saya*.
Sedangkan antara barangan yang
biasa dengan special edition, bukannya ada beza sangat pun. Tapi sebab tittle ‘Special
Edition’ tu, sanggup ni bermuram durja bertungkus lumusss. Sebab apa, Special
Edition means unique. Special Edition means anda ada apa yang orang lain tak
ada. Betul? Betapa berharganya nilai ‘Special Edition’ di mata kita.
Unik. Lumrah manusia inginkan
keunikan, different from others. Boleh tarik telinga saya kalau apa yang saya
kata ni salah. Ada bran?
Hakikatnya semua orang tahu anda
teringin nak jadi macam Inche Superman yang boleh terbang plus selamatkan dunia
walaupun anda sibuk mengutuk pakaian beliau tidak syar’ie!
Hakikatnya semua orang tahu anda
teringin nak jadi macam Sir Thomas Elva Edison yang ciptaan lampunya sudah
menerangi dunia walaupun anda kutuk kata dia tu non-Muslim!
Bukan itu sahaja, anda juga berangan
nak jadi macam tokoh-tokoh agama yang famous amos di bidang masing-masing macam
Dr. Zakir Naik yang berjaya mengangkat nama Islam dengan kejayaan-kejayaan
beliau. Mereka mampu guna pengaruh mereka untuk mengajak orang ramai mendekati
Islam, berdakwah sana sini tanpa henti. Mana tidaknya, mereka baru berdehem
sahaja, orang ramai dah berbisik,’Memang betul apa yang dia dehemkan tu!” Ewah!
MACAM LANGIT DENGAN BUMI
Dek kerana kemahuan-kemahuan yang
anda fikir ‘tak-tercapai-dek-akalku’ itu, anda pun mula berdiri di hadapan
cermin, melihat wajah bambam anda itu dan mengeluh lagi dan lagi sambil
membebel, ‘Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan aku, mana mungkin aku
menjadi seperti mereka!’
‘Pergh Akh tu kalau dia bercakap,
isinya mantap, ada jiwa orang kata. Kalau dengar tu rasa macam semangat
berkobar-kobar je. Pulak tu akhlak dia memang baik, semua orang suka kat dia.
Naqib yang didik dia tu memang superb ah boleh didik dia sampai macam tu!’
‘Artis yang baru berhijrah tu
memang ‘Double Wow’ bak hang. Lepaih dia berhijrah tu, dia belajaq Islam lepaih
tu sampaikan kat orang. Senang betul dia tarik mad’u sebab yelah dia dah memang
artis, Islamic pulak. Ramai orang suka dengan cara dia berdakwah. Jelesss.’
Lepas anda tengok semua kehebatan
depa ni, anda pun rasa yang anda memang takkan ada or dapat peluang jadi macam
depa. Anda pun disogok dengan pemikiran anda sendiri yang anda ni batu, kayu,
dinding, tiang, dan sebagainya yang takdak bakat dan function lantas anda
menyembamkan muka bambam anda di bantal dan menangis.
*mummy ketuk pintu bilik*
‘Kenapa kau menangis nak?’
‘Saya tak jumpa potensi diri saya
wahai mummy.’ *mummy usap kepala*
‘Jangan risau nak. Allah dah
ciptakan hambaNya dengan kelebihan masing-masing.’ Sebaik mummy berkata sebegitu,
anda menangis lebih kuat. *mummy pelik dan terus keluar bilik*
*maaf atas laluan drama sebabak*
Kenapa? Kerana anda tahu Allah
telah menciptakan manusia dengan kelebihan-kelebihan mereka yang tersendiri,
maka anda menangis kerana sehingga sekarang, ‘Mana potensi aku? Tak jumpa lagi!’
Disebabkan itu, anda menyepi di
hujung katil sambil berfikir,
Tanpa potensi dan bakat, macam
mana aku nak me-nganga-kan orang-orang kafir tu? Tanpa potensi dan bakat, macam
mana aku nak bantu naikkan Islam? Cukup ke sekadar dengan niat nak bantu dengan
keazaman dan doa yang ikhlas? Niat tanpa pelaksanaan itu sia-sia. Serius.
Anda kata anda lapar, tapi nasi
kat depan mata pun malas nak disuap ke mulut. Kenyang ke sekadar niat nak makan
dan tengok sahaja? Tidak!
Oleh itu, anda sekadar bermimpi
dan berangan-angan dari jauh untuk menjadi seorang manusia yang berpotensi dan
unik. Berangan menjadi seorang daie berjaya, penyanyi nasyid yang album lagu
dakwahnya terjual ribuan unit, atau mungkin akak jual nasi lemak yang
sedap-murah-tapi-ramai-pembeli.
So patutkah anda sekadar duduk
dan redha je sebab tak dikurniakan potensi sebegitu? Ini tidak adil tidak adil
bagiku ~ Jadi kuncinya, U S A H A.
PERCEPTION TOWARDS POTENTIAL
Hari ini, kita disogok dengan
persepsi bahawa, hanya bakat dan potensi sahaja yang menentukan seseorang itu
berjaya atau tak. Hang takdak bakat, takdak potensi, out!
Amboi.
Lupakah kita, seseorang itu perlu
melalui pelbagai kesusahan dan kepayahan dahulu sebelum Allah memuliakannya di
mata manusia?
Adakah kemampuan mengharungi susah
payah pengorbanan ini bakat semulajadi seseorang manusia? Tidak! Melainkan
bersama dengan kesusahan itu, diiringkan bersama dengan peningkatan iman
terhadap Ar Rahman dan Ar Rahim. Pakej yang lengkap kan? Super duper complete!
Ingat lagi dengan kisah 7 orang
pemuda Kahfi? Kisah mereka diangkat oleh Allah di dalam Alquran sehingga
diabadikan dalam satu surah. Kita tak pernah tahu berapa ketinggian depa, warna
kulit, hobi apatah lagi cita-cita depa tapi kisah yang tak diketahui endingnya
ni Allah angkat, Allah muliakan.
Kerana apa? I M A N, T A Q W A and
ke C H E N T A A N mereka yang tak berbelah bagi kepada Allah.
‘Weh hang tau dak, lepas hang
buang sampah tadi, Tom Jerry impress kat hang then terus dia rasa nak convert
pada Islam!’
‘Nasib baik ada si Bedah tu, dia
kan rajin tolong hantarkan budak-budak kat kampung hujung tu belajar agama kat sini
pakai van dia. Kalau tak, memang tak jalanlah dakwah tarbiyah kat kampung tu.’
See?
Manusia selalu narrow-minded
kalau bab potensi ni. Potensi bukan sekadar bakat semata. Bukan orang yang ada
bakat je yang boleh berjaya. Habis, yang takdak bakat tu hang nak campak dia ke
laut?
THE HIGHEST POTENTIAL
The truth is, potensi tertinggi
seorang manusia adalah iman dan amal. Lihat saja tentera Sultan Muhammad Al Fateh
yang berjaya membebaskan kota Constantinople. Ibadah mereka MashaaAllah superb!
Jika anda seorang hamba yang
beriman dan bertaqwa, anda sebenarnya sudah lama berpotensi.
Eh serious talk ke ni? Yes serious talk, potensi itu adalah
kuasa T A Q W A anda.
Mereka yang mempunyai bakat
fizikal harus lebih cuak dan takut jika mereka tidak menggunakan bakat itu
seiring dengan iman dan taqwa mereka.
Mereka yang special edition ni tak
perlu advertisement sana sini, canang bakat sana sini. Kerana apa? Biasanya
yang special edition itu tak perlu banyak advertisement kerana akan tetap kekal
laku! Yang penting maintain!
So if anda still tak terserempak,
terjumpa, terhantuk dengan potensi anda, angan ngirauuu. Sebab anda dah ada
potensi utama yang lebih menjanjikan ke-sukses-an hidup anda.
Apa dia? Iman.
Yosh! Jadi jaga iman, jaga taqwa, jaga
amal, jaga potensi! Moga usaha kita dilihat Allah lantas membuahkan keredhaan,
kejayaan, dan kasih sayang yang melimpah ruah daripaNya! Hip hip hooreyy!
*ulasan saya mengenai artikel ‘Manusia
Unik Special Edition’, majalah Jom! Isu 08 :) Moga bermanfaat.
*Artikel ini ditulis ketika lagu
Aku Merinduimu by Devotees sedang berkumandang di telinga, jadi kecelaruan
bahasa yang kemungkinan besar disebabkan gangguan emosi *sobsob* harap
diampunkan :(
Wallahu’alam. Adios, salam alayk :)
No comments:
Post a Comment