As we all know,
calon2 SPM 2013 just got their results. Di kesempatan ini *formalnyaa*, rasanya
still belum terlambat for wishing MABRUK ala najahikum to all SPM candidates
2013.
*Akak, result saya biasa je.
Tahniah jugak?*
*Result macam ni, confirm tak
masuk university.*
Why not? You have finished your
secondary school right? Tahniah. Dan.. selamat datang ke dunia reality. Your
true challenges have just begun. Either you get ready or not, you MUST face it.
Mungkin saya bukan orang yang berpengalaman, SPM pun baru 2 tahun lepas.
Pengalaman ciput. Ya, dengan sedikit pengalaman inilah saya berharap saya mampu
membantu kalian. Tak banyak, sikit pun jadi lah.Tak sikit, secoet pun jadi lah. Tak secoet, sezarah pun jadi lah. Tak sezarah.. *ok taknak merepek dah*
21 MAC 2013
Pagi itu saya bangun dengan
perasaan bercampur baur. Takut, cuak, super duper nervous, gembira, sedih. All
in one. Plus the previous day, 20 Mac 2013 – my parents terbang pi Makkah buat
umrah. So hari itu, saya cuba untuk terima hakikat bahawa saya takkan pergi
sekolah dengan ibu ayah saya, dan mereka bukanlah orang yang pertama untuk saya
tunjukkan result like what happened in PMR dulu. Sedih, tapi saya lebih gembira
sebab impian mereka untuk menjadi tetamu Allah dah tertunai. Alhamdulillah.
Around 11, saya ke sekolah
tarbiyah terchenta, SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi, Johor with my Mak Ngah.
Peneman saya ambil result nanti.
Sampai sekolah, masing-masing melepaskan rindu dengan kawan-kawan yang almost three months tak jumpa. Dengan baju
sekolahnya, haihh. Maybe tu lah last time pakai baju sekolah tu. Ada yang dah
banyak berubah even baru 3 months.
Result sampai lambat. Around 12
baru mula announced. Debar. Serious macam nak terkeluaq jantung bak hang. Dan
saya bukanlah tergolong dalam golongan mereka yang ambil result kat atas
pentas direct daripada pengetua. Pelajar biasa, dengan result biasa-biasa. Saya mengambil slip result di kaunter kelas 5 Biruni di belakang dewan Al Falah yang 5
tahun menjadi saksi kami mengantuk time assembly. *ehh
Saya tahu, dengan result saya
masa tu, probability untuk ibu ayah saya kecewa sangat besar. They expected
high from me. Even saya sendiri pun dah rasa ‘sakit’nya masa tengok result tu,
because I don’t get what I expected to get. Ok ok, that time I reminded myself.
I planned, Allah also planned. And for sure, saya tak boleh nak lawan
perancangan Allah yang berpuluh kali ganda hebatnya. He knows the best, and He
knows what I deserved to get. Setimpal dengan usaha saya yang tak seberapa.
Tiba-tiba,
trutt.. trutt *klasiknya bunyi hp aku*
“Assalamualaikum along, macam
mana result? Ok? Berapa A?”
Panggilan dari Tanah Suci Makkah.
Suara yang lembut berbaur kerisauan benar-benar menyentak tangkai jantung.
“Err waalaikumsalam ibu.
Alhamdulillah 4A.” Saya cuba ‘meriang-ria bak ribenakan’ suara saya so tak ada lah nampak
macam tengah frust sangat kan.
“Hah, 4A? Emm ok lah tu.
Alhamdulillah.” Suara yang tadinya ceria bertukar nada. Saya kenal benar nada
kecewa dan sedih itu. Ibu, maafkan along… ada air mata yang hampir menitis
waktu itu.
“Tak apalah, along dah usaha kan.
Apa-apa lepas ni tawakkal pada Allah. Ayah dengan ibu kat sini sentiasa doakan
along.” Suara ayah kedengaran lebih tenang. Ayah ibu, maafkan along..
Panggilan ditamatkan. Saya
‘meronda’ sekitar sekolah bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Ingin bertemu asatizah yang tak pernah jemu mendidik kami dari tingkatan 1 sehingga sekarang.
Jazakumullah khayran kathira ya ustaz wa ustazah SMKA Bandar Penawar, kerana tarbiyah kalian, kini kami
mampu berdiri di mana kami berada sekarang. Hanya Allah SWT yang mampu membalas
jasa kalian.
KEPUTUSAN UPU
Debar. Sangat. Lepas dapat result
SPM, saya pernah rasa down sesangat. Feeling like ‘ada-ke-university-nak-terima-aku-dengan-result-macam-ni’ selalu bermain di fikiran saya. Sejak dulu,
saya menyimpan cita-cita yang tinggi untuk further study di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. And I put IIUM as my first and second choice. Sangat
berharap. Perlu diingat, jangan berhenti
berdoa and berharap. Then result UPU was announced. Alhamdulillah, I got an
offer to further my study in Diploma in Food Estate Management at Universiti Putra
Malaysia Kampus Bintulu, SARAWAK. Yes, Sarawak. LAST CHOICE out of EIGHT
choices! I myself actually don’t remember that I had applied that course
before. And to make it short, I just receive the offer as I have no other
choice.
UPMKB, SARAWAK
My real journey of life had just
begun. Saya tak pernah imagine yang saya akan ulang alik Johor-Bumi
Kenyalang for another three years dengan ‘belon’. But itu kenyataan yang mesti
saya terima.
Ada jugak yang kata, 'boleh pulak eh kau belajar jauh-jauh sampai Sarawak. Parents kau bagi pulak." Jawapan saya, mungkin saya anak sulung. Mereka nak saya lebih berdikari berbanding adik-adik yang lain. Plus 5 tahun saya tinggal di asrama, rasanya mereka dah tak perlu risau dengan saya. Ayah, ibu, dan adik-adik menemani saya on registration day di UPMKB. And
bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi universiti. Saya tidak akan
menceritakan bagaimana ‘campus life’ saya kerana saya percaya anda dah terlalu
familiar dengan cerita-cerita tersebut.
I don’t know why. But even jasad
saya berada di UPMKB, hati saya masih lagi meronta nak ke UIA even saya tahu it
is such an impossible thing. Yes, I do enjoy my life there. New friends, new
experiences. Being a student of agriculture field is not easy, but believe me
you will enjoy it as there are sooooo many outdoor lessons rather than lectures.
But I did not enjoy it to the fullest as my heart was left in IIUM.
I’ve reminded myself for many
times, ‘Eqa, Allah dah letakkan kau di sini. Di UPMKB, di bumi Sarawak, di
kepulauan Borneo. You have to accept it with all your heart. There’s always a
hikmah in whatever happened in your life. Allah tahu kau boleh, masa depan kau
di bidang pertanian! Suka atau tak, this is your destiny. Just forget IIUM.’
Ohh ya. After keluar result UPU,
saya ada buat rayuan untuk ke Asasi UIA as my uncle suggested me to do so.
Alhamdulillah with his help, saya try submit surat rayuan itu. For those who
want to know how, you can ask me personally or just drop your comment.
Five to six months had passed
but I didn't receive any call or offer letter for second intake from CFS IIUM. So that
time I considered that saya tak diterima untuk ke UIA. But at the same time, I
kept praying to Allah that if IIUM is my destiny, please shows it to me. Don’t
let me be in questioning situation like this.
Final exam for semester 1 in
UPMKB
Saya melalui hari-hari
peperiksaan dengan hati yang tenang dan bersedia. Because this is my first
semester, so I have to do the best as the result will affects a lot on my study
here. Untuk adik-adik yang bakal ke alam universiti, you have to remember that FIRST SEMESTER is very very very important to you. First semester is not the time to 'play-play'. Last day of final exam – 11 Oct 2013, paper Physical Chemistry. The exam
will start at 3pm. Time tengah buat preparation in the morning, I got a call
from an unknown number.
And.. it’s from CFS IIUM! And
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. rayuan saya diterima!
Speechless. Bibir tak henti
mengucap hamdalah. Segala puji bagi Allah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui isi
hati hambaNya :))
I made a call to my parents.
Mereka sendiri sangat terkejut dan gembira dengan berita itu. Cepat ayah dan
ibu memberi persetujuan mereka untuk saya berpindah universiti. Kerana mereka
percayakan saya, kerana mereka tahu apa yang sering bermain di minda anak
sulung mereka ini, maka mereka membenarkan saya untuk membuat keputusan saya
sendiri. Terima kasih ibu ayah!
Kata ibu, ‘Masa ibu tolong poskan
surat rayuan along tu dulu. Hati ibu dah kuat mengatakan yang along akan dapat.
Allah nak bagi, tapi lambat sikit. Allah nak along explore puas-puas
keindahan ciptaanNya di Sarawak. Alhamdulillah, berkat doa dan sabar along.’
Tear drops. Allah, mungkin tanpa doa kedua ibu bapaku, aku bukan di sini
sekarang!
Satu lagi peristiwa yang membuatkan saya berfikir, saya tak sempat nak daftar kursus untuk semester 2 di UPMKB. Kebiasaannya, para pelajar perlu mendaftarkan kursus untuk semester berikutnya di jabatan masing-masing before final exam. Sahabat-sahabat sekelas masing-masing dah daftar kursus and dah dapatkan cop dari jabatan. But not me. Entahlah, that time saya rasa macam malas sangat nak daftar kursus *ok yang ni teruk* plus dengan line wifi yang sangatlah 'mesra alam' membuatkan saya agak terhegeh-hegeh nak daftar kursus cause we have to do it online.
Sampailah kawan saya tanya, "Eqa, kau dah register kursus untuk sem 2 belum? Dah tamat tempoh dah." Krik krik. I really really forgot the due date. Then saya ke office jabatan, bising jugak lah officer tu bila tahu saya tak daftar kursus lagi. Hehehe, sorry ye puan. Saya betul-betul tak ingat. Then akak office tu suruh saya daftar masa first week sem 2 nanti. Saya melihat sesuatu melalui peristiwa ini after I got the offer from CFS IIUM. Allah, sungguh perancangan Allah teratur sangat. Rupanya saya tak akan kembali semula ke UPMKB selepas itu.
Satu lagi peristiwa yang membuatkan saya berfikir, saya tak sempat nak daftar kursus untuk semester 2 di UPMKB. Kebiasaannya, para pelajar perlu mendaftarkan kursus untuk semester berikutnya di jabatan masing-masing before final exam. Sahabat-sahabat sekelas masing-masing dah daftar kursus and dah dapatkan cop dari jabatan. But not me. Entahlah, that time saya rasa macam malas sangat nak daftar kursus *ok yang ni teruk* plus dengan line wifi yang sangatlah 'mesra alam' membuatkan saya agak terhegeh-hegeh nak daftar kursus cause we have to do it online.
Sampailah kawan saya tanya, "Eqa, kau dah register kursus untuk sem 2 belum? Dah tamat tempoh dah." Krik krik. I really really forgot the due date. Then saya ke office jabatan, bising jugak lah officer tu bila tahu saya tak daftar kursus lagi. Hehehe, sorry ye puan. Saya betul-betul tak ingat. Then akak office tu suruh saya daftar masa first week sem 2 nanti. Saya melihat sesuatu melalui peristiwa ini after I got the offer from CFS IIUM. Allah, sungguh perancangan Allah teratur sangat. Rupanya saya tak akan kembali semula ke UPMKB selepas itu.
Hari Raya Korban 2013. I spent it
all in UPMKB with friends and lecturers. Tipulah kalau kata tak sedih. Flight saya 2 hari selepas raya
pertama. Pengalaman yang sangat berharga dapat beraya di ‘perantauan’.
26 October 2013, Alhamdulillah I
am officially part of Centre for Foundation Studies, IIUM.
Maybe pada kalian, this story is
nothing. It just a someone’s life experience. Nothing special. Tapi pada saya,
I got a lot from this.
First – whatever it is, LETAKKAN
PERGANTUNGAN YANG UTAMA HANYA PADA ALLAH.
Tak kira apa situation pun yang kita hadapi. Sedih, kuciwa, frust, happy,
bahagia – segalanya datang dari Allah. Yang baik daripada Allah, yang buruk pun daripada Allah. Bila Allah beri ujian, itu tanda Allah sayang. Allah nak kita kembali padaNya. Allah rindu kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana itu kunci seorang mukmin yang berjaya. Janganlah bila Allah beri apa yang kita nak, tak henti bersyukur. Bila Allah tak beri, mulalah kata Allah tak adil *nauzubillah*. Remember, only Allah knows what is the best for
us. Segalanya dah dicatatkan di Luh Mahfuz. Aturan Allah adalah yang tercantik
dan terbaik. Ingat tu sampai bila-bila.
Second – JANGAN PERNAH BERHENTI
BERHARAP DAN BERDOA. Lumrah manusia, kita ini cuma hambaNya yang lemah. Yang
fitrahnya perlu meminta daripada Allah. Kita takkan tahu bila doa kita itu akan
dimakbulkan. So teruskan berdoa dan berdoa. Bear in mind that, one fine day you
will get what you really want or if not, you will get better than that. Allah
tak pernah kecewakan kita, kita je yang selalu ingkar dengan Allah. Tanpa kasih
sayang Allah, we are not who we are today. Ust Pahrol ada pesan, sebelum nak
buat solat hajat, buat solat sunat taubat dulu. Takkan nak mintak dengan Allah
dalam keadaan kita ni penuh dosa noda?
Rasanya ni jelah yang mampu saya
share untuk entry kali ni. Moga ada ibrah pengajaran yang dapat diambil. Kepada
adik-adik yang dah dapat result SPM tu, sekali lagi mabrukkk. Perlu diingat,
SPM is not everything. And tak bermakna bila anda tak dapat masuk university,
everything ends. Ramai je orang yang berjaya tanpa university, malah tanpa PMR
dan SPM! Usaha, usaha dan terus usaha. May Allah helps, may Allah bless.
Do remember, there’s never an end. It’s always into the
new world! Gambate! ^^
No comments:
Post a Comment