Monday, 31 March 2014

Sayangnya Allah pada Kita ^^

Assalamualaikum wbt readers :’)

Alhamdulillah, hari ini kita masih mampu bernafas. Kita masih mampu untuk mengerjakan ibadah. Kita masih mampu untuk mendengar suara orang-orang yang tersayang di sekeliling kita. Alhamdulillah ya Allah, syukran ‘ala kulli nikmat that You had provides for us.

I wanna share a story yang amat membuatkan saya terkesan. Peristiwa ini maybe just too common, tapi ianya telah berjaya membuka mata seorang hamba yang hina dina ini bahawa Allah tak pernah jauh, Allah tak pernah tinggalkan hambaNya. He always there for us :')

26 Mac 2014
Hari ini, we have to present our video for Communication subject. Setelah sekian lama Madam Hidayah memberi assignment tersebut, and this is the day. Tamat kelas jam 5 petang, saya dan sahabat segera ke bilik salah seorang member group kami for the last discussion before we going to present this night at 8pm.

Kami terpaksa meng’edit’ some part of the video so that it looks more interesting. Then we try to save it. Unfortunately, it stops till 49% and not moves even a single %! Its already 7pm. Serious cuak bak hang. Nak present pukui 8 kot. Saya tahu save movie from movie maker is quiet take time. So I guess paling lama pun satu jam la kan nak save.

7.15. Aih, tak gerak-gerak lagi! Kami tak mandi lagi, tak iron baju, tak dinner lagi *tipikal girls* and its already 7.15pm! Ah sudah, macam mana ni. Then kami pulang jugak ke mahallah masing-masing and promise to meet at 8pm at seminar room, tempat present malam tu. Allahu, balik mahallah.. sedih. Ayaq takdaaakkkk! Alhamdulillah, fortunately saya ada menyimpan sedikit bekalan air untuk mandi petang itu. Maklumlah Selangor kan tengah duk mencatu ayaq sekarang ni.

Saya sudah berada di seminar room ketika jam menunjukkan 8pm, waiting for my member group yang tak sampai-sampai lagi. Dalam hati, ‘mintak-mintak la video tu dah siap save.’ Then masuk whatsapp dari salah seorang group member saya, ‘korang, video ni tak gerak-gerak dari tadi!’. Ah sudah, berdebar semacam dah ni. Saya membalas, ‘Takpe, akak bawak je lappy tu datang sini.’

Tak lama lepas tu, madam Hidayah sampai. And tibalah turn nak cabut undi untuk tentukan giliran kumpulan masing-masing. Wakil group saya ke depan untuk mencabut undi. Janganlah first group, memang habis! Kata saya dalam hati. *ayat skema abih* Bibir tak henti berdoa moga pertolongan Allah tiba.

“Korang, nombor 13.” Dada yang tadinya berdebar kencang menjadi sedikit lega. Last group kot! Allah, masa tu rasa macam bersyukur sangat, Allah bantu kami untuk ready :) Even nombor last pun jadilah.

And still, save video tu tak gerak-gerak dari tadi. Lemah lutut dah ni, apa nak buat niiiiii. Perut dah lah duk berdondang sayang berboria berzapin  segala sebab tak makan petang, dah lah ada gastrik! Pening semacam je. Memang cari nahas la tak makan.

Dah tiba group nombor 6, ada 7 group lagi and save video tu masih di takuk lama *sastera bak hang*. Memang tak berhenti doa dah masa tu. Kalimah ‘Rabbi yassir wa la tu’assir’ tak pernah lekang dari bibir. Allah, permudahkan jangan Engkau susahkan. Berpeluh tengok ‘loading’ tu. And kami baru menyedari satu lagi masalah, tak  ada tempat sambung wayar LCD kat laptop akak tu! Pheww, satu lagi problem. Memandangkan video tersebut tak dapat di’save’ dengan jayanya jadi amat sukar bagi kami untuk meng’copy’ video tersebut ke dalam pendrive dan menggunakan laptop orang lain.

“Eqa, we don’t have other choice. Eqa pi ambil laptop Eqa kat bilik, kita buat semula the whole video.” Member group yang tua setahun daripada kami bersuara.

Terbeliak mataku *ok hiperbola*. “Bu.. buat.. sem.. semu.. semula? Akak biar betul? Mana sempat kak.” Serius saya rasa memang tak sempat, leceh kot nak buat video tuuuuu :’(

“Takpe, kita cuba.” Akak tersebut memberi kata putus. Saya pulang ke mahallah seorang diri. Aduss, dah lah bilik tingkat 4. Takkan nak pannjat tanggggaaaa sampaaaii tingkaaaaatttt 4 dalam keaadaaann penaaatt taaahaap taakkk inggaaat maacaaam niii *memang sengaja nak taip lagu ni, nak bagi feel kononnya*

Saya call roommate yang setia, Izzati Azam. *moga dia sejuk hati bila baca ni, errrr*

“Zati, tolong aku. Tolong bawak turun laptop aku. Urgent, tolong sangaaatt.”

“Ohh kejap, Hadirah nak turun. Nanti dia bawak turun sekali laptop kau.”

“Ok. Sekarang tau, sekaranggg.”

Saya terduduk di bangku batu di tengah-tengah mahallah. Allahu, that time memang rasa down down down sesangaaattt. Jarang saya rasa down macam ni sekali. Presentation ni amat *kuasa seploh* penting untuk kami sebab ianya menentukan markah kami time final nanti. Seriously, saya dah menangis waktu tu. Masa tu lah fikir, ya Allah kami betul-betul mengharapkan pertolonganMu. Lancarkan dan permudahkan semuanya ya Allah. Allah.. aku ni time susah macam ni baru nak cari Allah, bila senang jarang nak bersyukur. Hamba jenis apa aku ni.. Ya, itu monolog saya sebelum roommate saya Hadirah menghulurkan laptop saya. Syukran sahabat, moga ini membantu.

On the way ke seminar room, saya try on laptop saya. And laptop tersebut …………………………………….. tak hidup aka battery is dying! Lagilah macam laju je air mata ni. Haih, lemah betul saya time tu.

Sampai di seminar room, “Korang, laptop tak boleh on. Battery habisss.” Then, saya tengok skrin laptop akak tu. Aik, macam gerak je ‘loading’ tu.

“Eqa, Alhamdulillah. Tadi masa Eqa balik mahallah akak try slow talk dengan madam. Then madam suruh tanya sesape yang expert benda-benda macam ni. And ada lah seorang brother ni dengar and offer nak tolong. Akak pun tak tau apa dia godeh, then Alhamdulillah boleh save dah ni.” Reaksi saya masa tu? Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sungguh Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Saya sekadar senyum, dalam hati.. Allahu, alfu syukran!

Presentation berjalan lancar even kami last group and dah nak pukul 12, semua group still concentrate and enjoy with our video and presentation. Allahu, terima kasih kerana mempermudahkan semuanya :)

Pulang ke bilik, letihnyaaaa rasa. Lapar, letih, penat semua ada. Kalau ikutkan hati, macam nak terus rebah je. Tapi solat Isyak belum lagi ni. Roommates semua dah tidur. Saya melihat di atas meja studi saya ada plastik makanan and satu bekas cakes. Eh, siapa punya pulak ni? Zahra kot, gadis kelahiran Pahang yang merangkap roommate saya and meja studi dia sebelah saya je. So saya consider makanan tu dia punya.

Saya ke toilet dengan harapan yang menggunung tinggi bahawa air ada, and Alhamdulillah. Allah mendengar doa saya, air mencurah-curah. Ada roommate saya Hadirah tengah duk menyental baju.

“Eh Hadirah, makanan siapa atas meja aku tu?” soal saya.

“Oh, Eqa makanlah. Tadi mak teh kami mai hantaq makanan. Kami simpankan untuk Eqa sikit. Makanlah.. Eqa pun tak makan petang lagi kan, tadi laju ja siap.” *kami adalah ‘saya’ dalam loghat Perlis, pekat Perlis dia ni. Hihi*

Dalam hati, ya Allah terima kasihhhhhhhh :’) Allah bantu lagi, beri rezeki lagi.

Usai solat, saya makan makanan yang diberikan Hadirah kepada saya. *tak elok makan malam sangat tapi apakan daya* Nasi impit, kuah kacang, sate, and beberapa potong cheese cake and chocolate cake. Jazakillah roommate :) Betul-betul kenyang ni, Alhamdulillah ya Allah ^^

*photo credit ; Google*

Sebelum tidur saya terfikir, Allah hari ni banyak sangat ujian yang Kau berikan pada aku. Tapi di setiap satu ujian yang Kau beri, ada kasih sayangMu yang turut dititip sekali. Kau memberi ujian, kau jualah yang memberi pertolongan.

Benarlah bagai dikata *ayat tak boleh klasik lagi*, bila mana seseorang hamba itu didatangkan ujian, saat itulah saat yang paling rapat seorang hamba itu dengan Allah, dengan Penciptanya. Saat diberi ujian, barulah rasa macam ya Allah, aku ni masa susah baru terhegeh-hegeh nak cari Allah, nak mintak dengan Allah. Masa senang, tak pernah ingat nak bersyukur. Ya, itulah manusia.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [286: 2]

And ingat, Allah takkan uji manusia kalau Allah tahu kita tak sanggup. Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita. Tengok umat Islam di Palestin, pernah tak kita terfikir kenapa Allah uji mereka sedemikian rupa? Kata ustazah saya, Allah uji umat bumi Palestin, bumi para Anbiya’ sebab Allah tahu iman mereka cukup kuat untuk hadapi ujian seberat itu. Iman mereka MasyaAllah sangaaat superrbbb. Tak pernah pun mereka merungut. Malah, setiap hari mereka mengimpikan syahid di jalan Allah.

Allahu, ujian kita ni kalau nak compare dengan mereka, apalah sangat. Macam langit dengan bumi. Bila ditimpa ujian tu, jangan terus down. Tetap melangkah and say to our heart, “Allah uji sebab Allah sayang.. Dalam ramai-ramai umat manusia, aku yang Allah pilih untuk lalui ujian ni. Move on. La tahzan, Rabbuna ma’ana.” Ujian sepatutnya membuatkan kita semakin syukur, bukan semakin kufur.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji?” [2: 29]

Allah beri ujian sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita. Allah rinduuu kita tahu tak? Sweetkan Allah :') Jadi, lihatlah hikmah di sebalik tiap ujian yang Allah timpakan sepanjang hidup kita ni. Engkau akan tersenyum apabila engkau tahu bahawa, seseorang hamba itu tak dikatakan beriman selagi dia belum diuji. Masa ni lah, nak test gred iman kita. A+ ke, A- ke, A ke, B+ ke, B ke.. atau mungkin G? Nauzubillahiminzalik.

Saya tinggalkan anda dengan sepotong ayat Alquran ini, renung-renungkan dan selamat beramal :’)

 “Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [155: 2]
Tetap qowiy dan sabar ya sahabat :))

Adios, salam alayk ^^


No comments:

Post a Comment