Friday, 21 March 2014

Apa itu EPT dan APT | Asasi UIAM

Assalamualaikum wbt :))




Bismillahirrahmanirrahim. Entri ini adalah kesinambungan daripada the previous entry which is Pusat Asasi UIAM. Since ada yang meminta saya untuk share sedikit tentang EPT dan APT, maka meh saya share sikit apa yang saya tahu. 

Saya rasa ramai yang nak masuk UIA ni tahu tentang ujian EPT dan APT ni kan? Dan tak kurang juga yang tak tahu. This is ‘a-must-know-information’ yang korang kena tahu before korang masuk ke UIA ni.

EPT stands for English Placement Test and APT stands for Arabic Placement Test. Before korang memulakan sesi pembelajaran korang di UIA ni, korang WAJIB ambil ujian ni.

“Akak, macam scary je bunyi dia.” Nothing to worry. As long as korang bersedia, no problem at all.

TAARUF WEEK
Haaa biasa dengar kan program orientasi? Kalau kat UIA ni kami panggil Taaruf Week. Taaruf ni maksudnya berkenal-kenalan la. Masa ni lah korang akan didedahkan dengan budaya UIA, asasi di UIA, explore campus, kenal-kenal dengan student lain and so on. Dan yang paling penting, EPT dan APT ni akan dijalankan dalam minggu Taaruf Week ni. Asasi UIA ni sangat menekankan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Plus, result EPT dan APT ni lah yang menentukan berapa  tahun pembelajaran korang di CFS IIUM. Setahun? Setahun setengah? Dua tahun? Semuanya depends on EPT dan APT. Jangan terkejut pulak  bila korang masuk UIA nanti, ada yang buat setahun dah habis asasi, ada yang 2 tahun baru habis asasi. Kalau korang ada kena repeat mana-mana subjek dalam kos korang pun, korang kena extend tempoh pengajian korang di CFS ni.

EPT ni perlu diambil untuk menentukan level Bahasa Inggeris korang. Biasanya paling rendah pun level 3 tapi tu pun jarang rasanya. Tapi, tahap pass/exit/exempted korang dalam exam EPT ni depends pada kos yang korang ambil. Macam mana pulak dengan APT? APT pun almost the same je dengan EPT ni. APT pun akan affects pada tempoh pengajian korang. Tahap pass/exit/exempted untuk APT ni pun depends pada kos juga. Contohnya Engineering, mereka hanya perlu PASS sampai LEVEL 2 untuk APT. That’s why student Engineering ni ramai yang pass APT. Kalau tak lepas? Korang kena ambil kelas Bahasa Arab. As simple as that. Tak faham lagi?

Ok, ini contoh pengalaman saya.

Bagi kos Human Science, saya perlu PASS LEVEL 6 untuk EPT. Tapi masa ujian EPT hari itu, saya tak exit. Result saya adalah LEVEL 5. Jadi, saya kena ambil kelas Bahasa Inggeris untuk level 5 dan level 6 serta subjek-subjek untuk kos saya yang lain. Dan untuk APT, saya perlu PASS LEVEL 2. Dan resultnya, saya dapat LEVEL 2, masih BELUM EXIT. So saya kena habiskan kelas arab LEVEL 2 saya. Because I got LEVEL 5 for my EPT and LEVEL 2 for my APT, automatic duration pembelajaran saya di CFS ni jadi setahun setengah.

Kalau lepas dua-dua exam EPT dan APT ni macam mana pulak? Tak perlu ambil kelas bahasa dah, just concentrate dengan core course masing-masing. Hihihi. Bolehlah habis asasi dalam setahun., then terus ke main campus.

Selain daripada EPT dan APT, korang juga perlu menduduki Fardhu Ain Placement Test. *Banyaknyaa test* Rilek rilek. Hihihi. Ni pun ambil masa Taaruf Week jugak. Test Fardhu Ain ni just untuk menentukan sama ada korang dapat kelas Study Circle, Fardhu Ain, atau Tilawah.

Study Circle – kelas ni ala-ala usrah yang korang selalu join tu. Ada naqib dan naqibah, cuma mungkin ahlinya lebih ramai lah. Topiknya lebih meluas.

Fardhu Ain – Dalam kelas ni banyak belajar tentang ibadah, akhlak, ada kena hafal surah lazim and so on.

Tilawah – Kelas ni more pada belajar pasal Alquran, tentang tajwid dan sebagainya.

Kelas-kelas ni bukan boleh pilih ye, depends pada result Fardhu Ain Test tu nanti. Hehe.

______________________________________________________________________

FAQ:


“Kalau tak lepas EPT dengan APT tu tak boleh masuk UIA terus ke?”
Taklah. Korang just kena ambil kelas bahasa je. UIA tak adalah kejam macam tu. Huhuhu. Semua orang diraikan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Saya dari sekolah biasa. Tak ada basic arab langsung! Boleh ke masuk UIA?”
Angan ngirau, hihihi. Korang kena belajar dari level 1 bahasa Arab. Depends lah kos korang memerlukan korang untuk belajar sampai level mana. Bahasa Arab kan bahasa syurga, tak rugi kalau belajar dari awal pun. At least nanti bolehlah korang carry basic conversation dengan pak arab bila masuk main campus nanti. Ok?

“Saya tak power lah BI, macam mana eh?”
Bila korang masuk UIA, korang akan di’train’ untuk speaking and writing in English. Dah keluar nanti boleh jadi pakar BI dah. Huhu. Even CFS IIUM sendiri adalah ‘English Speaking Campus’. Tapi tak adalah sampai kena denda kalau cakap melayu. Hahaha. Plus, korang akan mingle with international students yang 'zero' bahasa melayu, nak tak nak kena speaking jugak. Pengalaman yang sangat-sangat berharga sebenarnya.

“Apa pentingnya semua exam ni?”
From my opinion, UIA provides all these exams sebab UIA nak lahirkan mahasiswa/i yang berkualiti. Once korang grad nanti, korang boleh speaking English, takallamu fil Arabic, cukup dengan ilmu-ilmu agama di samping ilmu dari kos yang korang ambil, and softskill (sebab nanti masa degree korang boleh pilih kelas skill apa korang nak ambik as a part of cocu. Best kan?). Semua ni amat diperlukan bila korang nak kerja nanti. Katanya student UIA ni senang sikit nak dapat kerja, lagi-lagi dengan company-company international. Wallahualam, bergantung pada rezeki masing-masing.

Fuhh, penat juga menaip. Moga berguna segala information yang saya share ni. Though it might be a bit messy but I hope you guys understand. Tak faham lagi, silalah tanya :D

Saya suggest untuk korang take a look kat blog ordinaryguy ni for more details on EPT and APT ni sebab dia ada provide sekali dengan sample soalan. Tapi, the format MIGHT NOT be the same sebab rasanya format dah lain sikit sekarang. Just untuk gambaran sahaja. Ok?


Good Luck. May Allah bless us ^^

24 comments:

  1. Assalamualaikum.
    macam mana pula kalau nk kurangkan tempoh asasi ?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau nak kurangkan, try exit both EPT and APT and take more courses in a semester (depends pada GPA and consult dgn Academic Advisor) Saya buat macam tu, Alhamdulillah sempat habis asasi dalam masa setahun. Tapi agak tough la.

      Delete
  2. ya Allah....these informations really helps me a lot...may Allah bless u n grant u jannah..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. May Allah ease you bro/sis :)

      Delete
  3. assalam. thnk for the information. i want to ask , in upu i choose sains kemanusiaan. kalau nak tukar buleh ke? hahaa sory la bi tak power mne and lagi satu ramai laki or perempuan at uia nih. n kalu tak tahu lansung psai bahase arab tuh mse exam xyah jawab langsung xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sory for late reply. In case awak dapat, di UIA nanti kalau cukup syarat boleh je tukar, Biasanya proses tukar kos tak susah di asasi UIA. Emm, rasanya sister lagi ramai kot dari bro. Mana2 U pun macam tu kan haha. Tentang bahasa arab, yup setahu saya boleh je. Sebab masa saya exam APT dulu pun ramai yang macamtu. Depa duduk sat ja dalam exam hall 5 minit. Tulis nama dgn no matrik, duduk sat lepastu keluar. Tapi lepastu kena belajar arab from basic la tp tak susah pun inshaallah

      Delete
  4. Kalau dpt setahun setengah bla pulak kita blh mula degree. Bulan sept juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setahun setengah biasanya masuk degree intake February. Kalau setahun dan dua tahun intake September. UIA ada 2 kali intake setahun untuk degree :)

      Delete
  5. Thanks for your information.... Sgt membantu...

    ReplyDelete
  6. Thanks for your information.... Sgt membantu...

    ReplyDelete
  7. salam sis, utk degree pun kena ambil jgk ke ept dan apt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Untuk direct intake (bukan dari asasi UIA), yes. Kalau utk student asasi UIA, cuma ambil waktu asasi sahaja.

      Delete
  8. Salam sis,apa contoh test fardu ain tu?second,kalau ujiat ept lepas,but apt sangkut macam mana pulak eh?btw,pelajar spm 2016 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Test fardhu ain senang je. Dia tanya basic yang belajar masa pendidikan islam dulu. Soalan objektif. Apt sangkut so kena la masuk kelas apt pulak.

      Delete
  9. assalamualaikum nak tnya bole tpi lari tajuk pulak ye, bole?
    if kite nk tukar kos bole tak bila uia dah pnggil nnti? means that bila masuk dftr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Nanti lepas habis taaruf week biasanya dia akan bukak untuk proses tukar kos ni. Boleh je apply nak tukar kos. Tapi dia akan tengok based on result spm kita jgk la.

      Delete
  10. Assalam..sis can i have your email address or twitter acc? There's something i want to ask u about the asasi human science course. Sy dpt asasi sains kemanusiaan but im still in dilemma whether i should accept the offer or not :'(

    ReplyDelete
  11. asalam sory saya nak tanya macam mana dengan keperluan yang perlu dibawa eh ?? i mean ada kena bawak bantal sendiri ke and macam mana dgn dresscode ??

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, i wnt to ask you about APT test, but do u have email? because i dnt have imagine about APT test.. syukron..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum.saya nak amik asasi arab tpi boleh ke sbb saya takut je bila saya amik nnti saya tak boleh nak adapat semua tu and bi saya biasa je kalau tk hebat mana apt and ept test tu saya akan diterima lagi ke utk masuk ke asasi arab????? harap sgt reply tq.

    ReplyDelete
  14. Kalau 2 sem dah ambil english tapi tak exempted jgk macam mana

    ReplyDelete
  15. thank u fr the information ! sangat membantu !!

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum
    -klu ambil asasi kt UIA & nk smbg degree kt UNI lain boleh tak?
    -kt UIA ni untk pljr asasi ni dy ambil tak muek?
    -klu tak , kan mcm mne klu kita nk smbg degree kt uni lain sbb kt UIA x de course tu sbb nk smbg degree mn kene ada muek

    tq

    ReplyDelete
  17. hi ! nak tanya ingat tak kalau lepas amik test tu result keluar agak-agak berapa lama?

    ReplyDelete